Shaheen Air

Shaheen Air (Urdu: شاہین ایئر‎‎) adalah syarikat penerbangan swasta dari Pakistan dengan ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi dan diasaskan oleh keluarga Shehbai. Syarikat itu kekal sebagai syarikat penerbangan kedua terbesar di Pakistan sehingga pembubarannya pada Tahun 2018 kerana masalah kewangan. [1] Pada Bulan Disember 2018, pemilik syarikat penerbangan, Kashif Mehmud Sehbai dan Ehsan Khalid Sehbai, melarikan diri ke Kanada untuk mengelakkan pendakwaan berkaitan hutang. [2] Syarikat penerbangan itu berhutang sebanyak 36 ₨1.36 bilion kepada Lembaga Penerbangan Awam Pakistan (CAA) dan gaji pekerjanya. Ia menyediakan perkhidmatan penumpang, kargo dan sewaan, ke Bandar-Bandar besar di Pakistan dan Timur Tengah (Asia Barat). Ia menangguhkan semua operasi pada Oktober 2018.

Shaheen Air

Operasi ditamatkan 8 Oktober 2018; 2 tahun yang lalu (2018-10-08)
Hab
Pesawat 6 (jumlah keseluruhan armada) (sehingga pada Tarikh 08 Oktober 2018)
IATAICAOPengenal
IATAICAOPengenal
NLSAISHAHEEN AIR
Destinasi 27 (jumlah keseluruhan destinasi) (sehingga pada Tarikh 08 Oktober 2018)
Bermula operasi 25 Oktober 1994; 26 tahun yang lalu (1994-10-25) [petikan diperlukan]
Ibu pejabat Karachi, Pakistan
Laman web shaheenair.com (Laman Web sukar diakses)(archives)
Ditubuhkan 1993; 28 tahun yang lalu (1993)